Friday, December 11, 2009

Terkedu..

rasa terkedu yang sungguh melampau bila mummy dapat email from a friend..cerita pasal seorang kanak2 yang rasanye dah mengalami tekanan perasaan. tak pernah terlintas di fikiran mummy bende2 macamni terjadi..anyway the story goes like this..

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka.

Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

istigfar mummy memikirkan ape yang akan terjadi kepada Daniel..walau tak pasti kewujudannye, mummy doakan semoga Daniel cepat sembuh dan semoga die dapat melalui hari2 selepas ini dengan lebih tenang..

moral untuk mummy: jangan sekali2 ingat anak2 tak paham ape yang kita buat. and alhamdulillah mummy tak pernah nak tunjuk 'kasih sayang atas katil' depan raha coz i have always tot that at this age, curiosity has conquered their mind...

Ya Allah, lindungkan keluarga kami dari hasutan syaitan, aminn....

Wednesday, November 18, 2009

2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest.

lamanye menyepi..tapi tak penah lupe nk singgah blog kawan2..cuma masa je tak kesempatan nak update blog (alasan)..

mummy selalu ikut blog Nuroll tapi as silent reader..hehe..segan agaknye..lagi pun mummy agak segan untuk bergaul di alam maya ni..tatau nak cakap ape..tapi since auntie nuroll ade buat contest, saje la mummy nk try and error..mana tau ade rezeki anak di hujung2 tahun 2009 nie.hehe..






so, kita layan pic anak dara with the sun shade jap..





Name: Rahadatul 'Aisy Bt Mohamad

Age: 20 months

Birth date: 29 March 2008





Wednesday, September 16, 2009

Salam Syawal 1430H

Aidilfitri tinggal berapa hari je lagi. Alhamdulillah, preparation untuk raya sume dh siap. Yang tak siap hanya mengemas rumah..itu la satu2 nye never ending story punya job! Huhu..ngan anak dara tiu asik nak “mengemas” je kejenyee..memang tak larat la kan..aku dah elok2 susun sume barang, elok die bangun abis punggah..jadinye nak kemas pun ala kadar je..tapi ni nak raya mana bleh ala kadar, mesti la extra kadar..hehhee…

Aku rasa sejak Ramadhan ni je dah berapa kali kuar shoping. Hehehe...tapi ade je yang tertinggal@terlupa nak beli..memory getting slow ar..kena upgrade ni..kawan2 ade idea ape patut buat tak? Rasa makan kurma n kismis banyak dah apsal asik lupe gak..atau adakah aku dah tua?? huhu…tapi 30 pun tak masuk lagi ni..anak pun baru sorang..hahaha…btw, ape kaitan umur ngan anak sorang ek? Eii..ape2 jela

Tahun ni beraya ngan gemma ngan tok abah..happy gile!!!! Tatau nak describe camne tapi happy la..hehhee..coz last year sambil tepon pagi raya sambil nangis leleh2..wakakkaa…sungguh tak sesuwei! So pagi raya kami di rumah gemma. Lepas solat raya baru bertolak ke Teluk Intan..gile best!!! Ade setahun rasanye aku tak balik la..herm…nasi lambai dah melambai2 kat aku ni..mee mastan, bandung tarik, rojak ah chai, putu!! Wakakkaa…gile sume list makanan..hahhahahaha..kasi aku terliur kat opis ni ade la..ciessssss!! tapi sempat ke nak abiskan sume makanan2 ni 1.5hari (haf day dah abis on the road kn)????? Arrrggghhhhh..tension2…kalau tak sempat gak, aku tapau mana patut jela..dapat half pun jadi la kan? hehee

Raya ketiga lepas bekpas akan bertolak ke KB..this time kami akan ikut Cameron Highlands..tak pernah try pun so percubaan pertama harus dilakukan di waktu siang, takut malam2 kang ade "bende" kuar ke ape ke..huhu...hari tu masa g Cameron Nampak signboard jalan ke Gua Musang. Terkejut gak memula tak sangka dari situ bleh g Gua Musang…hehehe..dalam hati dah berbunga2..boleh la skip jalan belok2 kat lipis tu..hadoi…memang tak larat la kan..tambah kalau dok belakang lori, selamat makan asap la ek..

Kami pulang ke KL insyaAllah hari sabtu..tatau la ramai orang ke tak. Tapi doa2 biarla sume orang balik hari ahad or isnin. Biar kami je balik hari sabtu..eh, jap2..takmo la kami je, nanti cam bleh baring atas jalan raya plak..hoi?? melalut tak tentu hala…tapi serius la ngantuk ni..pagi tadi bangun kul 3.50am coz nak masak nasi lemak nye pasal..hehhe…ape kes nk sahur pun masak grand bagai kan? sume sbb adik ipar aku datang rumah..depa malas nak bertolak dari putrajaya coz depa nak balik Kelantan pagi ni..so senang skit dari rumah kami kan, dah save 1hour journey..jadinye nak jamu adik ipar ngan anak buah sulong ayah, aku masak la nasi lemak. Pastu mee kari lauk berbuka semalam pun ade balance, so panas2 yang tu jela. meja yang kenit tu pun dah penuh ngan lauk2..cam makan kat restaurant plak, macam2 ade..hehehhee..poyo ar! :)

So pagi tadi dah pas dah bekas kueh raya, 2 jenis kueh raya untuk Ma tru moksu..hopenye Ma happy la dapat bekas baru tu walaupun regenye takde la grand sangat Ma..hehehee..tu tak penting, yang penting appearance nye grand kan Ma? Wakaka..baju2 raya untuk Ma dah siap lama dah..before pose lagi. So balik pose hari tu dah pass dah..hehe..ni macam biasa la kan..baju, kueh memang wajib untuk dua2 mak aku..takde beza la mak aku ngan mak mentua..even mak mentua aku bukan la jenis tunjuk sayang kat aku, tapi aku tau die sayang..hehehe..coz die selalu akan suruh aku masak even aku baru cecah punggung kat rumah die tak sampai 30minit..dah siap dah barang2 sume nak suruh aku masak..hadoiii...sambil2 tu buat la ayat “sedap la wana masak hari tu” (nota: seluruh warga keluarga ayah panggil aku wana, jadi jangan ketawa..tapi aku ketawa gak memula dengar plus rasa pendek je lidah aku nak bahasakan diri aku wana! Hahhha..cam sucinyeee aku ni..hehehe)...eh jap, tu tanda mak mentua sayang aku ke die nak suruh aku buat keje ar?? Hahahha..pening seketika...ape2 jela..

Ni kat ofice lagi tapi serius takde mood la wei..rasa cam nak balik rumah, kemas2 rumah, kemas beg..beli stokin raha yang asik lupe beli tu..herm...mintak2 la jumaat ni company kasi half day, mudah2an amin...huhu..bleh la mummy buat ape yang patut..kalau dapat half day bleh g Isetan jap cari stokin raha..

Oh yea..tadi dah call makcik tukang cuci tu nak suruh die mai sabtu..siap cakap “nak raya dah tu adik..” aku bantai ketawa..hehehe...ala, kakak ni kecoh ar..orang bayar mai jela..kasi kemas rumah aku tu..cuci2 mana yang patut i.e. grill, pintu, cermin bilik walaupun kakak dah cuci last week, cuci la lagi..cuci toilet aku gak before nak balik ni..nanti balik raya takde la aku nak buat extra work sangat.nanti ngan baju menggunung tu lagi nak basuh, huhhuhu...

Eh jap, ni apsal dari tadi asik perkaatan “kemas rumah” je yang kuar ek? Haha...macam la tongkang pecah sangat rumah tu..hehehe..takde ape pun, cuma rasa ralat la kalau banyak bende sepah depan mata..rasa cam tak bleh napas...tapi kadang2 tutup mata gak..hehe..

Tahun ni aku tak buat open house (rasanye la)..tapi rasa nak buat tu cam memanggil2..hehehehe..sungguh tak sesuwei! :) tapi sape2 nak mai rumah, calling2..aku masak extra spesel..hahha..macam bagus saje bunyik!

Di kesempatan yang ade nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat muslim..kepada kawan2, maaf zahir dan batin! Semoga kita berjumpa selepas berhari raya bersama keluarga, insyaAllah.. kalau main mercun agak2 ar..jangan sampai terbakar rumah orang (yea, aku pernah main mercun sampai mercun tu meletop atas bumbung rumah orang, pastu laju masuk rumah takut kena serang! Hehehhee)..

p/s: tengah fikir patot ke aku beli mercun yang kasi gegar area rumah tu ke tak...wakkakkaa..

p/s (2): handbag raya akhirnye selamat sampai dari US..cheeeeewahhh, bertambah meriah nye raya ni la wei!! hahhahahha..layannnnnn

Monday, September 14, 2009

Raha's Development

Alhamdulillah, seminggu selepas Syawal ni my daughter Raha akan berumur 18months..masyaAllah, time flies! Cepatnye masa berlalu..rasa macam baru last month je beranak (hehe, nak cakap semalam tapi cam weng ar plak kan semalam beranak hari anak dah 18mons, wakaka..so last month better la kan?)

"Dah pandai buat ape?" hehe..ni ayat soal normal orang2 keliling aku..hehe..penting ke ape yang sorang2 anak tu pandai buat at certain2 age? For me, yang penting anak sihat, kurang sakit so takde la pening pala nak cuti bagai Alhamdulillah..and kalau die boleh buat extra aku anggap tu satu pemberian Allah s.w.t. pada diri die. Untuk mengelakkan sebarang jawapan langsung, aku akan menjawab "pandai tolong kemas rumah" sambil tersenyum simpul. Hehe..so understood la kan? kang kalau aku jawab dah pandai itu ini kata aku poyo bagai..hehe..takpe yang penting aku, ayah, family and kawan2 rapat aku tau sudah.

Tapi sejak akhir2 ni, raha suka men"tantrum"kan diri..hadoiii..penat mummy nak oii!! Ayah ko tu dah la tak bleh extra pressure, kang die burst..tapi aku paham la, at this age, tantrum tu cam dah tak bleh nak lari dari die..maklum la dah besar, dah boleh tau ape yang nak, ape yang tak nak dan jugak2 cara2 untuk membolehkan perkataan "yes/ boleh" keluar dari mulut aku and ayah..

antara yang akan dilakukan untuk mendapatkan pelepasan mummy garang is: melembikkan diri di lantai (ni kes belom pandai guling2, kalau dah pandai nanti harus la die guling2, confirm!) and berpura2 menangis tanpa air mata..yea, mummy tau sangat2 taktik2 kotor anak dara mummy tu..huhu…ingat mummy nak terpedaya ngan taktik2 itu??? Huhhuuh..tidaakkkk sama sekali!! Ayah maybe la kot senang nak cair..asal raha lembik badan je, laju je ayah kasi ape yang raha nak..hadoiii..tapi apsal kalau mummy buat lembik badan ayah buat bo-layan?? Ciesss..apsal taktik ni tak berkesan kat ayah especially bila mummy nak shoping?? Wakkakaka..tapi ayah penah cakap raha is my girlfriend, my buah hati! Eh, helloooooo encik ayah, kalau takde mummy yang cun ni, takde la anak dara pujaan ramai ituu..wakakaa..mummy yang perasan! J

so berbalik pada anak dara itu, banyak gak la house skill yang die dah tau buat i.e. menyapu lantai, lap kotoran guna kain basah..basuh pinggan sume belom tau lagi la.tapi rasa kalau letak kerusi kat sinki tu suruh die main air ngan sabun boleh sangat rasanye..wakakaka..serius la die tau menyapu..mula2 rasa pelik die sibuk mintak penyapu ngan bahasa german die yang kureng dipahami tu. pastu die sapu atas bawah kiri kanan cam kita selalu sapu tu. gelak guling2 mummy..hehehe..hadoi, pasni mummy akan ajar sume skill2 housework so that pasni mummy bleh goyang kaki sambil main video game!

Ape2 pun aku bersyukur ngan kurnia Allah yang satu ni. Promise to myself will try not to compare my child among them or with other kids. Coz for me, every child is unique in their own ways. Ade budak masa kecik sangat2 pandai, tapi bila sampai sekolah menengah and U, they kinda lost..hehe..aku la tu..eh tapi aku pandai gak la, agregat 9 (ekekkee…poyo ar mummy nak gak heran ngan agregat die yang banyak tu! Masa time mummy dlu, kalau agregat below 10 tu bijak ar. Ayat poyo lagi. Cuma takde rezeki nak buat medic..hehe)

Ape2 pun, we as parents just need to lead them to the right path. Dan janganla sekali2 mendengar nasihat dari orang yang akan menjatuhkan kita kerana2 orang camni hanya dengki ngan kita. Aku yakin sebagai mak, kita tau ape yang terbaik untuk anak kita. Ade setengah anak sesuai dengan cara itu, tak semestinye anak kita serupa. And there are chances that for anak2 kita yang lain, kita boleh guna method yang tak sesuai kat anak kita yang tadi. Jadi marilah kita sama2 menjalankan amanah Allah s.w.t. mudah2an anak2 kita akan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara. Mana tau bleh reka sumthing yang orang kafir tak bleh buat, or cari ubat kepada penyakit2 berbahaya..insyaAllah…

p/s: mummy rasa mummy nak berusaha untuk menambah umat Muhammad s.a.w. hehehe…

Insiden di bulan Ramadhan

Yea..sudah 25 hari berpuasa aku baru la terhegeh2 nak mengupdate blog yg kusam lagi sepi ni..hehe..berbagai2 insiden berlaku sepanjang Ramadhan ni..byk sgt sampai rasanye tak tertulis. Hehe..ni la antara insiden yang berlaku sepanjang Ramadhan..

Insiden 1

Seawal tahun aku dah survey flight balik KB kunun2 nak amik hati my ayang@ ayah dengan alasan kami akan beraya di Perak. Jadi kalau dapat sambut puasa di KB, maka terubat la rindu hati ayah untuk makan makanan kelantan yang sedap2 (tak sume yea, hehe. Ade antaranye still tak lepas kerongkong mummy) itu.

Jadinye sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan kami dah berada di LCCT. Flight murah gile, RM200 return ticket untuk 3 orang. Excited la sume nak balik ni kan. Beg nak balik je dh siap bawak extra, kunun2 nak membeli-belah (yea, mummy tau mummy dan membeli belah tidak dapat dipisahkan. Maka selamatla wallet ayah untuk "dibelah"! dan ayah amatla bencinye apabila mummy merayu dan membuat muka sedih jika dilarang kerana ayah akan berlembut hati..hehe).

Berbalik kepada kisah tadi, kami sambut Ramadhan dengan meriahnye, alhamdulillah..daripada 8 orang adik beradik ayah, 2 family je tak balik. Yang lain sume balik. Jadi boleh la korang sume imagine betapa la havocnye rumah "Mok" (panggilan untuk nenek di kelate) itu. Raha tak yah cakap la, happy cam hape je. Tapi mummy kasi can la kan. malas nk cakap banyak, skali skala jumpa cousin yang ramai tu.

Puasa ke-3 kami bertolak balik KL. Pagi-pagi dah bersiap kunun2 flight kul 9.40am..punya la confident sampai tak check pun itinerary tu for the last time. jadi, bersiap la kami ngan selambanye (serius take our own sweet time). sampai je kami kat airport, masa scan tu pakcik yg keje scan tu (ape nama keje pakcik tu ar? Alaa, tp orang yang check2 scan beg tu la) telah berjaya menbuatkan kami terkedu dan terkesima (kalau tak tau maksud perkataan, sila google atau check kamus dewan bahasa, hehe). Antara perbualan kami ngan pakcik tu.

Pakcik scan: ni naik flight ape yea?
Kami: naik AA
Pakcik scan: eh rasanye flight dh berlepas la. Ni dh kul 9 kan. Flight tadi dah berlepas kul 8.50..
Kami: (dengan confident) eh flight kami 9.40 la pakcik
Pakcik scan: oo..ni special flight yea? Herm..xpela, scan2
Kami: (dalam hati) special flight??? Biar betul..

Aku tergopoh2 suruh ayah check itinerary. Mengucap panjang kami bila check2 flight kami rupenye pukul 8.50am, sampai KL 9.40am..aku dh start ar buat scene kat situ kan. air mata dah meleleh dah..dah la nak raya nak pakai banyak RM, skali jadi la plak camni..laju je aku g kaunter AA kot2 la kami bleh naik next flight, tapi depa cakap next flight yang ade malam je. Huhu..lagi la panjang lagu nangis tu kan..huhu..camne bleh tak check tak tau la. Tapi nk cakap pun susah gak. Dah tertulis agaknye kami memang akan terlepas flight. Tangan laju je call gemma. Dah la aku memang nak balik pagi tu gak sebab gemma, tok abah n auntie namie akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah petang hari yang sama tu gak. Kat kepala macam2 dah pk, sempat ke nak jumpa mak abah, ade flight lagi ke, kul bape, bape RM. Selepas bertnya banyak2 kaunter, yang ade MAS saje. Maka laju jela kami beli tiket untuk 3 orang yang berjumlah RM717..gile mahal! Cekik darah ar kn. Patutnye bagi ar half price untuk rakyat negeri. Cinabeng tol!

Akhirnye selamat la sampai kat KLIA and dapatla kami jumpa gemma, tok abah and auntie namie. Just nice la. Ade la kot chit chat half n hour. Pastu macam biasa la kan. si kenit tu ngan drama nye. Nampak je gemma n tok abah die dah nangis2..macam tau2 je depa nak g jauh n kena tinggal ngan mummy yang garang. Hehee...so ade la insiden nangis2 gemma n tok abah coz nak tinggal cucu yang sulong ni. (cucu yang sorang lagi ade kat babysitter) huhu..depa kalau call dari sana pun bukan nak cakap ngan aku, nak cakap ngan raha..ciessss, sungguh tak sesuwei!! Mak, orang pun rindu kat mak gak tau!! Huhu..tp serius la, anak dara tu jadi tak tentu arah bila mak abah aku takde. Makan tak lalu, asik meragam je kejenyee..eiii..memang kasi pusing ini budak! Ayah pun sampai tak terkire amukannye sebab raha yang mengada2..huhu..

Insiden 2

Yang ni aku tak kire sebagai insiden tapi memang di rancang. Kami pergi berjumpa Halimahton (tak kenal? Sufiah budak genius yang kasi havoc M’sia ngan citer2 panas die kenal?? Haa..Halimahton ni mak sufiah tu la). Sebab ape kami jumpa?? Coz Halimahton ni akan buat adakan "baby class" by October. Macam mana kami tau? Coz aku mmg ikuti blog die and from there die offer to join baby class tu. selepas berjumpa die, lega la hati aku coz aku selalu merasakan anak aku macam ade masalah (rasanye aku antara beribu2 mak yang merasakan macam tu). Hehe..tapi selepas sesi soal-jawab berlangsung, bukan anak dara aku yang bermasalah tapi aku yang bermasalah..apsal aku bermasalah?? Herm..byk gak sebabnye. Oleh kerana sebab2 itu akan membuka pekung di dada (ciesss, ayat sungguh poyos) maka biarla aku pendamkan saje..ekekke…ayat novel gitu! J

Jadinye akan bermula la class untuk kami (parents) and raha insyaAllah awal October. Syukurnye la hai..aku bukan nak anak aku genius tapi aku nak melahirkan anak2 yang dapat berdikari and tak terlalu bergantung pada aku. Apsal aku cakap camni? Coz aku rasa kesian kat raha bila aku pikirkan yang nanti akan ade adik (insyaAllah soon tapi skang belom ade lagi yea), aku takut perhatian tak dapat diberikan 100% kat die. So kalau la die boleh membaca dan ade hobby die yang berfaedah i.e. reading or explore technical stuff (ni memang die tengah buat skang ni sampai sekecik2 bende pun die nak explore), aku sangat la bersyukurnye..adakah aku nak lepas tangan?? Tidak sama sekali..bukan niat aku tu. Cuma aku tengok banyak dah kat depan mata aku contoh2 terdekat dalam family aku or family ayah..effectnye maybe bukan sekarang tapi bila anak tu dah dewasa.

Insiden 3

Makcik Lia (adik tok abah) telah warded more than a week di Ampang Puteri sebab breast cancer. And kesudahan makcik kesayangan aku tu kehilangan sebelah breast die. Sedih tak yah cakap la kn. Masa aku tau tu, auntie yong yg bgtau. Rasa kesiannye kat die. Tp bersyukur la coz anak2 dah besar. Imagine kalau anak2 kecik cam anak aku tu, camne nak breastfeed?? Huhu...

And otak aku laju je fikir, apekah chances aku untuk dapat cancer gak? Since dalam both side gemma and tok abah memang ade history cancer ni. Cik Sah (kakak mak aku) breast cancer juga tapi early stage, datuk sedara aku i.e. pakcik mak aku cancer usus..

Bila pikir2 balik, chances aku untuk ade penyakit ni agak tinggi gak kot. Even tok abah sendiri penah diagnose ade tumor di kepala. And Alhamdulillah tok abah recover hasil berubat secara tradisional (tradisional ke?? herm..tak gak..tapi kalau aku citer, confirm la orang tak kan percaya. So biarla kami sekeluarga je yang tau.) jadinye penyakit ni rasanye dekat je ngan kami adik beradik. Buat masa skang ni aku berdoa je semoga kami adik beradik sekeluarga dilindungi Allah s.w.t. dari penyakit2 yang berbahaya ni.

Insiden 4

Ni berlaku pagi tadi..aku hampir2 berlanggar ngan sebuah kereta and motor sebab pemandu Avanza yang bodoh tu. Kuar simpang tak tengok kiri kanan. Mmg bengong ar kan. Even aku bawak tak laju coz still dalam kawasan perumahan (50km/j) tapi turun bukit ngan hujan lebat gile, makanye 50km/j pun terasa laju..huhu...naseb la mr blacky aku tu breaknye masih kuat (oit, harus ar kuat. Baru bepa bulan aku pakai. Huhu). Tapi sebab aku break mengejut, maka side mirror aku telah terkepak gara2 dilanggar en motor yang juga tak dapat elak aku..tp naseb la honda ni, side mirror die flexible kn, kalau proton or perodua mau jatuh dah agaknye side mirror tu, huhu..

Dalam hati dah maki hamun bagai dah..cinabeng ar sape yang drive Avanza tu..ko memang tak selamat ar hari ni kan. Suka hati kuar simpang camtu..huh!! kasi aku berdebar2 nak sampai office...dalam kepala dah pikir2 dah, calar ke tak keta kesayangan aku ni..huhu..dah ar nak raya kan, jangan la ape2..alhamdulillah, selepas di check2, no scratch, no nothing. Huhuhu..harus la wei aku risau, bulan2 je beribu aku bayar..Cuma side mirror tu perlukan hasil tangan ayah untuk betulkan balik. Coz aku dah pening tak bleh nk adjust untuk tengok side kiri. So lunch kang ayah nak datang nak buat special check..huhu..mintak2 la takde pe2 jadi aminnn..kalau tak kang ayah sure membebel panjang..

Ni jela antara insiden yang aku rasa agak penting sepanjang Ramadhan ni (lebih2 tu den dh lupo!)..yang ala2 meninggalkan kesan ar..

p/s: raha seronok main bunga api..hehe...tapi gile mahal la bunga api skang ni..masa zaman aku dlu, beli RM1 dapat banyak gak la..skang ni nk beli RM1, sorry la wei..huhu

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Di kesempatan yang ada, mummy ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua rakan2 mummy..mintak maaf salah n silap, tersalah kata (termasuk la yang tipu sunat, tipu tak sunat), perbuatan yang tak menyenangkan..halalkan makan n minum..semoga Ramadhan kali ini memberikan kita seribu barakah dari-Nya, amin..



yaaa..makhluk di bawah sudah tak ade..jadi jangan mengada2 tak nak pose..tu sume NAFSU semata-mata..muahahhahaa (contoh gelak jahat makhluk di bawah)..hehe




Thursday, August 20, 2009

15 Malaysia?? Apa tu?

yea, tu la yg bermain kat fikiran mummy..ape kejadahnye 15Malaysia ni? ade 15 buah malaysia kah? atau apakah ini konsep baru selari bersama 1Malaysia..huhu...tapi bila mummy buat sikit penyelidikan, ni la hasilnya.

15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders. You may think of them as funky little films made by 15 Malaysian voices for the people of Malaysia.

and their 1st film "Potong Saga" inspired by Ho Yuhang (kenapa? tak percaya ke??, remember this guy?). It is a laugh-out-loud film about a Chinese boy’s misguided attempts at opening an Islamic bank account..seriously!! they were damn funny! sampai mummy ketawa berdekah2 di ofc ni..haha...gile curik tulang kn? time2 keje tgk filem pendek.

and their 2nd movie is "chocolate" inspired by allahyarham yasmin ahmad. mummy dunno y la kn, kalau movie arwah ni je, manjang ade cite cinta melayu n chinese..huhu...this film about a chinese guy who got the scholarship but yet dont feel to go just because his other friend are here in m'sia..yang buat mummy cam ala2 bengkek skit, ada la ayat dalam film tu ala2 camni 'dapat biasiswa pun tak mahu pergi. ingat kat malaysia ni ade peluang ke? orang macam kita susah nak dapat apa2" cam poyo x buat ayat camtu...of coz la..cakap pasal hak2 ni mmg mummy bengkek la kn. sorry to say la kn, mummy bab2 melayu ni, hak2 istimewa ke ape ke mmg x bleh la..mmg itu hak kita sebagai rakyat sah negara ni. depa yang Chong Cheng dan AmmaSeri (bak kata auntie yasmin) tak belajar sejarah ke yang depa tu dibawa masuk ke sini. tak sedar lagi agaknye. enof of arwah film..and i just couldnt wait to see the rest of the other film.

p/s: tak sabar nak tgk Tok Guru berlakon..hehe..macammana la reaksi Tok Guru yea. btw, mummy org kuat "Dulu, Kini dan Selamanye"..excited nak tgk Tok Guru bukan ape, tak sangka die pn akan join for short film macamni. see, how this thing boleh saingkan pembangkang dgn kerajaan. :)